Pages

led scroller

Showing posts with label Akibat. Show all posts
Showing posts with label Akibat. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

Lelaki warga emas maafkan wanita mengamuk kereta kena langgar


 KUALA LUMPUR: 



Lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta Peugeot 208 milik seorang wanita di Kuantan pada Isnin lalu sehingga menyebabkan pemilik kereta tersebut mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng sebagai ancaman kepada lelaki warga emas tersebut difahamkan telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh berkata lelaki warga emas dalam lingkungan awal 60an itu memandu kereta Proton Wira dan secara tidak sengaja terlanggar kereta wanita dalam lingjkungan akhir 20an berkenaan di sebuah tempat letak kereta di darah tersebut.



“Wanita itu sudah pun membuat laporan polis berkenaan kemalangan itu namun lelaki tersebut tidak mahu membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut malah dia juga telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan,” kata Abd Aziz ketika dihubungi Astro AWANI.

Abd Aziz turut menjelaskan bahawa perkara ini masih lagi disiasat dan akan memanggil kedua-dua wanita dan lelaki warga emas berkenaan untuk tujuan siasatan.

Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada tengah hari 14 Julai tersebut telah menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan cuba bersemuka dengan lelaki tersebut.

Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

Malah, apa yang lebih dikesalkan dalam video berkenaan wanita itu turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti  “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.

Selain itu cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.


#HMviral PDRM akan menyiasat video wanita yang bertindak ganas terhadap lelaki tua di Kuantan & akan diambil tindakan sebagai pembuli jalan raya: Ketua Polis Negara. Video credit Jessica Qi

Berita lanjut menyusul.

p/s #astarifirullah al-azim #bawakbersabarkak #mampugelingkepalasahaja


7 tanda ‘LONG DISTANCE’ is over!

Hubungan jarak jauh memang banyak dugaannya. Namun, ada juga yang berjaya hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang gagal di tengah jalan. Well, rasanya tak terkejut kalau hubungan jarak jauh tidak menjadi. Maklum sahajalah bila dah berjauhan macam-macam boleh terjadi. Malah, segala tindak-tanduknya sukar untuk kita nampak. Tahu-tahu sahaja hubungan kamu dan si dia gagal. Memang menyedihkan! 




Tapi jangan risau, kali ini kongsikan 7 tanda ‘long distance’ kamu bakal berakhir.

1.   MENYEPIKAN DIRI

Jika dahulunya setiap hari pasti 6-3 kali sehari si dia hubungi kamu tetapi kini jangan kata 2 kali, sekali pun belum tentu! Bila kamu cuba hubungi dia, macam-macam alasan pula yang si dia berika. ‘Super sibuk’ katanya, maksudnya kamu perlu berhati-hati. Nampaknya ada sesuatu yang lebih penting untuk si dia lakukan selain menghabiskan masa bersama kamu. 
Hmmm agak-agaknya apa ya  ?


2.   TERLUPA, TERLUPA DAN TERLUPA!

Bukan main lagi si dia berjanji walaupun terpisah jauh beribu batu tetapi pasti dekat di hati! Huhhh, semua tu hanya tinggal janji je! Bukan itu sahaja, macam-macam si dia lupa tentang kamu. silap-silap panggilan dan nama kamu pun si dia sudah lupa!



3.   TIDAK BERMINAT

Bila sedang berborak di talian, si dia sering sahaja memberi tanda-tanda seperti tidak berminat untuk berborak dengan kamu. Bukan main tergesa-gesa si dia ingin habiskan perbualan. Hmmm, nampaknya si dia benar-benar sudah hilang minat nak berborak dengan kamu. Besar kemungkinan minatnya sudah beralih-arah.


4.   MUDAH MARAH!

Ada sahaja yang tidak kena, salah sekecil zarah pun di besar-besarkan. Pantang tersalah kata pasti si dia mudah naik angin. Sebenarnya semua itu ‘trick’ sahaja. Si dia saja besar-besarkan pekara untuk di jadikan sebagai punca untuk hubungan kamu berdua berakhir.


5.   PUTAR BELIT SEPERTI ULAR!

Bila di ajukan soalan, ada sahaja jawapannya. Kalau betul tak apa, ini tidak berputar belit kejap kata ini kejap kata itu! pening kepala di buatnya! Seriously, hati-hati nampaknya si dia sedang selindungkan sesuatu dari pengetahuan kamu.


6.   WHO’S YOUR FRIEND ?!

Sejak akhir-akhir ni, si dia sering keluar bersama rakan-rakannya. Bila di tanya siapa jawapannya pasti “alaaaa, adalah you bukannya kenal pun!”. Hahhh nampak tak ? kalau si dia benar-benar keluar dengan kawan-kawannya pasti si dia akan cakap siapa bukan ? dan tentu-tentu kamu mengenali rakan-rakannya, mengapa si dia perlu merahsiakan identiti ‘orang itu’ betul tak ?


7.   CAKAP LAIN, BUAT LAIN

“Awak, saya mengantuklah! Saya nak tidur ya..” dalam masa beberapa minit selepas tu tiba-tiba kamu terlihat tanda ‘online’ di facebooknya! Aik, kata nak tidur! Cakapnya lain tapi buatnya lain pulak ini memang sering terjadi! Kalau pasangan kamu mula menunjukan tujuh tanda di atas, cuba bawa berbincang dengannya. Tanya dia sebaik-baiknya mengapa si dia berkelakuan ‘pelik’ sejak akhir-akhir ini. Siapa tahu masalah ini boleh di seleasikan. Tapi, andai kata si dia memutuskan untuk berhenti sehidup semati dengan kamu jangan bersedih kerana You deserve much... much... better!

Repost !



~ terbaca artikel nie + ada benor ye ~ #thinkcarefully



Monday, December 23, 2013

6 JENIS PEREMPUAN YANG WAJIB DIJAUHI



Assalamualaikum Dan Hello Buddies,

Utk Kali Ini Blog Everything About Life Ingin Berkongsi Info Yg Menarik Tentang 6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi.Lelaki Digalakkan Untuk Mencari Isteri Solehah. Jauhi Jenis Perempuan-Perempuan Di Bawah Untuk Dijadikan Isteri Nescaya Kamu Akan Bahagia :

1.     Al-Anaanah : Banyak Keluh Kesah. Yang Selalu Merasa Tak
Cukup, Apa Yang Diberi Semua Tak Cukup. Diberi Rumah Tak Cukup, Diberi Motor Tak Cukup, Diberi Kereta Tak Cukup. Tak Redha Dengan Pemberian Yang Diberi Suami.
Asyik Ingin Memenuhi Kehendak Nafsu Dia Saja, Tanpa Menghiraukan Perasaan Suami, Tak Hormat Kepada Suami Apalagi Berterima Kasih Pada Suami. Bukannya Hendak Menolong Suami, Apa Yang Suami Beri Pun Tak Pernah Puas. Ada Saja Yang Tak Cukup.

2. Al-Manaanah : Suka Mengungkit. Kalau Suami Melakukan Perkara Yang Dia Tak Berkenan Maka Diungkitlah Segala Hal Tentang Suaminya Itu. Sangat Mudah Hendak Membicarakan Perihal Suami. Tak Mengenang Budi, Tak Bertanggungjawab, Tak Sayang Dan Macam-Macam. Walaupun Suaminya Sudah Memberi Perlindungan Macam-Macam Padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin Pada Suami Yang Lain Atau Berkenan Kepada Lelaki Yang Lain. Sangat Suka Membanding-Bandingkan Suaminya Dengan Suami/Lelaki Lain. Tak Redha Dengan Suami Yang Ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka Memaksa. Bila Hendak Sesuatu Maka Dipaksa Suaminya Melakukannya. Pagi, Petang Malam Asyik Menekan Dan Memaksa Suami. Adakalanya Dengan Berbagai Ancaman. Ingin Lari, Ingin Bunuh Diri, Ingin Membuat Malu Suami. Suami Dibuat Seperti Orang Suruhannya, Bukan Sebagai Pemimpinnya. Yang Dipentingkan Adalah Kehendak Dan Kepentingan Dia Saja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk Bersolek Atau Tidur Atau Santai-Santai Hingga Lalai Dengan Ibadah-Ibadah Asas, Seperti Solat Berjemaah, Wirid Zikir, Mengurus Rumah-Tangga, Berkasih Sayang Dengan Anak-Anak.

6. As-Salaaqah : Banyak Berbicara, Bergosip. Siang Malam, Pagi Petang Asik Bergosip. Apa Saja Yang Suami Kerjakan Selalu Tidak Benar Dimatanya. Zaman Sekarang Ni Bergosip Bukan Saja Berbicara Di Depan Suami, Tapi Dengan Telefon, Sms, Internet, Dan Macam-Macam Cara Yang Lain . Yang Jelas Isteri Tu Asyik Menyusahkan Suami Dengan Kata-Katanya Yang Menyakitkan.



Saturday, August 17, 2013

KUCING KESAYANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W

17/08/2013-11.03pm
Asssalamualaikum dan salam sejahtera,

Tidak kire bagi teman2 ku daripada dalam negara mahupon luar negara.
Maka, pada hari nie kite diizinkan utnk bersua kembali.



Seperti yang tajuk utama pada hari nie berkisar tentang kucing. Aku teringin berkongsi tentang kucing dgn korang sebab haiwan kesayangan aku adalah kucing.

Aku sebagai peminat tegar kucing, sangat pantang jumpa kucing. Ada yang terbiar walaupon tak boleh bela sebab dah berderet kucing kt rumah nie. Aku tetap membiarkan kucing yang terbiar makan makanan kucing aku sebab kecian tengok keadaan mereka.

Samapi satu tahap orang keliling aku nie, ingt rmh aku pemungut kucing terbiar sebab dgn muka selamba deiwog buang kucing dieowg dpn rmh aku..

Pantang giler !
Xde perasaan btol mereka tue !
Al-kisah kucing terbiar bermula dgn jiran aku.. Die memiliki kucing berbulu lebat (siam) 2ekor tpi xpandai jaga kucing..

Sebabnya kucing die selalu je lari masuk rumah aku tnpa rasa bersalah makan makanan kucing aku. Tpi, nasib kucing2 aku baik hati..
Diewog tgk je xde gado2..
Mungkin sebab terpukar kecantikan kucing2 siam tue kot..

Sampai aku niat nk culik lah tpi xsampai hti sbb pikirkan tuan ye. .
Aku pernah hilang kucing parsi aku (memey) ketika berkelah disungai di perkampungan orang asli.

Kucing aku diambil orang alam ghaib depan mata aku sendiri. ( ia kerana menunjukkan wajahnya sebelum hilangkan diri. Tapi, aku xsempat dapatkan memey sebab aku seberang sungai dan aku hampir lemas tetapi berjaya naik kerana aku tarik anak kawan ayah aku…
Syukur, kami xde pe2 tpi kucing aku sahaja die ambik…

Hampir berminggu aku xlalu makan sebab sedih kehilangan memey..
Kemudian, kawan mak ayah aku hadiah kucing baka british kt aku, marie. Susuk tubuh ye tinggi,besar dan bulu separuh lebat.. ada eyeliner kt mata2 dieowg.. Yang ada dalam rumah aku nie, anak2 cucu die marie la. :p

Berbalik kepada jiran aku yang ada kucing siam nie,
Dah la kucing die makan makanan aku..
Aku siap bagi mandi lagi sebab kotor sgt..
Aku xder la marah kt kucing tue tpi tuannya xreti jaga kucing..

Dah tue dtg rmh aku tnpa muke bersalah, tnpa ucap terima kasih..
Die ambil blah gitu je… kureng ajar punyer org.. Mana lah p adab die..
Bukan kt aku je kena, mak aku pon kena perkara yang sama bile kali kedua kucing die masuk dalm rumah aku..

Klo aku ada masalah, sedih, happy, or tension..
Kucinglah peneman aku kala sepi.. die bagai paham perasaan tuannya (aku).. kadang2 aku bercakap ngn mereka, dieowg paham bahasa kite manusia. Kucing aku suke sgt dtg time aku mengaji o nak solat. Kadang2 aku boleh dgr dieowg sebut perkataan “ALLAH”.. subnallah.. nielah kuasa Allah s.w.t.

Apa yang aku nak sampaikan disini ialah sikap manusia tehadap haiwan kesayangan rasullulah,kucing. Maka, sesiapa yang menyanyai haiwan jaga lah baik2 kerana haiwan serta binatang tue yang berzikir serta mendoakan kite. ..

Kelak nanti aku sambung untuk artikel akan datang…
See u soon there..
keep continue watch me in next artikel..
Tata, wa’salam..
Pingates