Pages

led scroller

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

7 tanda ‘LONG DISTANCE’ is over!

Hubungan jarak jauh memang banyak dugaannya. Namun, ada juga yang berjaya hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang gagal di tengah jalan. Well, rasanya tak terkejut kalau hubungan jarak jauh tidak menjadi. Maklum sahajalah bila dah berjauhan macam-macam boleh terjadi. Malah, segala tindak-tanduknya sukar untuk kita nampak. Tahu-tahu sahaja hubungan kamu dan si dia gagal. Memang menyedihkan! 




Tapi jangan risau, kali ini kongsikan 7 tanda ‘long distance’ kamu bakal berakhir.

1.   MENYEPIKAN DIRI

Jika dahulunya setiap hari pasti 6-3 kali sehari si dia hubungi kamu tetapi kini jangan kata 2 kali, sekali pun belum tentu! Bila kamu cuba hubungi dia, macam-macam alasan pula yang si dia berika. ‘Super sibuk’ katanya, maksudnya kamu perlu berhati-hati. Nampaknya ada sesuatu yang lebih penting untuk si dia lakukan selain menghabiskan masa bersama kamu. 
Hmmm agak-agaknya apa ya  ?


2.   TERLUPA, TERLUPA DAN TERLUPA!

Bukan main lagi si dia berjanji walaupun terpisah jauh beribu batu tetapi pasti dekat di hati! Huhhh, semua tu hanya tinggal janji je! Bukan itu sahaja, macam-macam si dia lupa tentang kamu. silap-silap panggilan dan nama kamu pun si dia sudah lupa!



3.   TIDAK BERMINAT

Bila sedang berborak di talian, si dia sering sahaja memberi tanda-tanda seperti tidak berminat untuk berborak dengan kamu. Bukan main tergesa-gesa si dia ingin habiskan perbualan. Hmmm, nampaknya si dia benar-benar sudah hilang minat nak berborak dengan kamu. Besar kemungkinan minatnya sudah beralih-arah.


4.   MUDAH MARAH!

Ada sahaja yang tidak kena, salah sekecil zarah pun di besar-besarkan. Pantang tersalah kata pasti si dia mudah naik angin. Sebenarnya semua itu ‘trick’ sahaja. Si dia saja besar-besarkan pekara untuk di jadikan sebagai punca untuk hubungan kamu berdua berakhir.


5.   PUTAR BELIT SEPERTI ULAR!

Bila di ajukan soalan, ada sahaja jawapannya. Kalau betul tak apa, ini tidak berputar belit kejap kata ini kejap kata itu! pening kepala di buatnya! Seriously, hati-hati nampaknya si dia sedang selindungkan sesuatu dari pengetahuan kamu.


6.   WHO’S YOUR FRIEND ?!

Sejak akhir-akhir ni, si dia sering keluar bersama rakan-rakannya. Bila di tanya siapa jawapannya pasti “alaaaa, adalah you bukannya kenal pun!”. Hahhh nampak tak ? kalau si dia benar-benar keluar dengan kawan-kawannya pasti si dia akan cakap siapa bukan ? dan tentu-tentu kamu mengenali rakan-rakannya, mengapa si dia perlu merahsiakan identiti ‘orang itu’ betul tak ?


7.   CAKAP LAIN, BUAT LAIN

“Awak, saya mengantuklah! Saya nak tidur ya..” dalam masa beberapa minit selepas tu tiba-tiba kamu terlihat tanda ‘online’ di facebooknya! Aik, kata nak tidur! Cakapnya lain tapi buatnya lain pulak ini memang sering terjadi! Kalau pasangan kamu mula menunjukan tujuh tanda di atas, cuba bawa berbincang dengannya. Tanya dia sebaik-baiknya mengapa si dia berkelakuan ‘pelik’ sejak akhir-akhir ini. Siapa tahu masalah ini boleh di seleasikan. Tapi, andai kata si dia memutuskan untuk berhenti sehidup semati dengan kamu jangan bersedih kerana You deserve much... much... better!

Repost !



~ terbaca artikel nie + ada benor ye ~ #thinkcarefully



Monday, December 23, 2013

6 JENIS PEREMPUAN YANG WAJIB DIJAUHI



Assalamualaikum Dan Hello Buddies,

Utk Kali Ini Blog Everything About Life Ingin Berkongsi Info Yg Menarik Tentang 6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi.Lelaki Digalakkan Untuk Mencari Isteri Solehah. Jauhi Jenis Perempuan-Perempuan Di Bawah Untuk Dijadikan Isteri Nescaya Kamu Akan Bahagia :

1.     Al-Anaanah : Banyak Keluh Kesah. Yang Selalu Merasa Tak
Cukup, Apa Yang Diberi Semua Tak Cukup. Diberi Rumah Tak Cukup, Diberi Motor Tak Cukup, Diberi Kereta Tak Cukup. Tak Redha Dengan Pemberian Yang Diberi Suami.
Asyik Ingin Memenuhi Kehendak Nafsu Dia Saja, Tanpa Menghiraukan Perasaan Suami, Tak Hormat Kepada Suami Apalagi Berterima Kasih Pada Suami. Bukannya Hendak Menolong Suami, Apa Yang Suami Beri Pun Tak Pernah Puas. Ada Saja Yang Tak Cukup.

2. Al-Manaanah : Suka Mengungkit. Kalau Suami Melakukan Perkara Yang Dia Tak Berkenan Maka Diungkitlah Segala Hal Tentang Suaminya Itu. Sangat Mudah Hendak Membicarakan Perihal Suami. Tak Mengenang Budi, Tak Bertanggungjawab, Tak Sayang Dan Macam-Macam. Walaupun Suaminya Sudah Memberi Perlindungan Macam-Macam Padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin Pada Suami Yang Lain Atau Berkenan Kepada Lelaki Yang Lain. Sangat Suka Membanding-Bandingkan Suaminya Dengan Suami/Lelaki Lain. Tak Redha Dengan Suami Yang Ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka Memaksa. Bila Hendak Sesuatu Maka Dipaksa Suaminya Melakukannya. Pagi, Petang Malam Asyik Menekan Dan Memaksa Suami. Adakalanya Dengan Berbagai Ancaman. Ingin Lari, Ingin Bunuh Diri, Ingin Membuat Malu Suami. Suami Dibuat Seperti Orang Suruhannya, Bukan Sebagai Pemimpinnya. Yang Dipentingkan Adalah Kehendak Dan Kepentingan Dia Saja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk Bersolek Atau Tidur Atau Santai-Santai Hingga Lalai Dengan Ibadah-Ibadah Asas, Seperti Solat Berjemaah, Wirid Zikir, Mengurus Rumah-Tangga, Berkasih Sayang Dengan Anak-Anak.

6. As-Salaaqah : Banyak Berbicara, Bergosip. Siang Malam, Pagi Petang Asik Bergosip. Apa Saja Yang Suami Kerjakan Selalu Tidak Benar Dimatanya. Zaman Sekarang Ni Bergosip Bukan Saja Berbicara Di Depan Suami, Tapi Dengan Telefon, Sms, Internet, Dan Macam-Macam Cara Yang Lain . Yang Jelas Isteri Tu Asyik Menyusahkan Suami Dengan Kata-Katanya Yang Menyakitkan.



Pingates