Pages

led scroller

Wednesday, July 16, 2014

Foto Hujan Batu Turun Tiba-Tiba Timpa Pengunjung Pantai


SIBERIA - Sekumpulan pengunjung yang sedang mandi-manda di pantai Ob River sempena musim panas bertempiaran lari apabila dilanda ribut dan hujan batu yang turun secara tiba-tiba.

Melalui rakaman video yang dimuat naik dalam laman YouTube, pengunjung yang terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak kelihatan menjerit dan menangis ketakutan ketika mencari tempat untuk berlindung.

Sewaktu kejadian, suhu di sekitar kawasan sungai kelima terpanjang di dunia itu mencatatkan bacaan 37° Celsius

Jelas kelihatan melalui rakaman itu ketulan batu sebesar bola golf jatuh dari langit menimpa orang ramai yang tidak sempat lari menyelamatkan diri.



"Ianya seperti diserang dengan peluru dari langit dan keadaan menjadi huru-hara dengan jeritan dan tangisan kanak-kanak," kata salah seorang mangsa.

Menurut seorang wanita, suaminya telah mendapat kecederaan pada bahagian belakang badan ketika melindungi anak mereka.

Kejadian hujan batu yang melanda pantai di Novosibirsk pada Sabtu lalu itu dipercayai akibat penurunan suhu mendadak secara tiba-tiba. - Kosmo!

Tuesday, July 15, 2014

Lelaki warga emas maafkan wanita mengamuk kereta kena langgar


 KUALA LUMPUR: 

video


Lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta Peugeot 208 milik seorang wanita di Kuantan pada Isnin lalu sehingga menyebabkan pemilik kereta tersebut mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng sebagai ancaman kepada lelaki warga emas tersebut difahamkan telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh berkata lelaki warga emas dalam lingkungan awal 60an itu memandu kereta Proton Wira dan secara tidak sengaja terlanggar kereta wanita dalam lingjkungan akhir 20an berkenaan di sebuah tempat letak kereta di darah tersebut.



“Wanita itu sudah pun membuat laporan polis berkenaan kemalangan itu namun lelaki tersebut tidak mahu membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut malah dia juga telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan,” kata Abd Aziz ketika dihubungi Astro AWANI.

Abd Aziz turut menjelaskan bahawa perkara ini masih lagi disiasat dan akan memanggil kedua-dua wanita dan lelaki warga emas berkenaan untuk tujuan siasatan.

Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada tengah hari 14 Julai tersebut telah menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan cuba bersemuka dengan lelaki tersebut.

Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

Malah, apa yang lebih dikesalkan dalam video berkenaan wanita itu turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti  “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.

Selain itu cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.


#HMviral PDRM akan menyiasat video wanita yang bertindak ganas terhadap lelaki tua di Kuantan & akan diambil tindakan sebagai pembuli jalan raya: Ketua Polis Negara. Video credit Jessica Qi

Berita lanjut menyusul.

p/s #astarifirullah al-azim #bawakbersabarkak #mampugelingkepalasahaja


7 tanda ‘LONG DISTANCE’ is over!

Hubungan jarak jauh memang banyak dugaannya. Namun, ada juga yang berjaya hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang gagal di tengah jalan. Well, rasanya tak terkejut kalau hubungan jarak jauh tidak menjadi. Maklum sahajalah bila dah berjauhan macam-macam boleh terjadi. Malah, segala tindak-tanduknya sukar untuk kita nampak. Tahu-tahu sahaja hubungan kamu dan si dia gagal. Memang menyedihkan! 




Tapi jangan risau, kali ini kongsikan 7 tanda ‘long distance’ kamu bakal berakhir.

1.   MENYEPIKAN DIRI

Jika dahulunya setiap hari pasti 6-3 kali sehari si dia hubungi kamu tetapi kini jangan kata 2 kali, sekali pun belum tentu! Bila kamu cuba hubungi dia, macam-macam alasan pula yang si dia berika. ‘Super sibuk’ katanya, maksudnya kamu perlu berhati-hati. Nampaknya ada sesuatu yang lebih penting untuk si dia lakukan selain menghabiskan masa bersama kamu. 
Hmmm agak-agaknya apa ya  ?


2.   TERLUPA, TERLUPA DAN TERLUPA!

Bukan main lagi si dia berjanji walaupun terpisah jauh beribu batu tetapi pasti dekat di hati! Huhhh, semua tu hanya tinggal janji je! Bukan itu sahaja, macam-macam si dia lupa tentang kamu. silap-silap panggilan dan nama kamu pun si dia sudah lupa!



3.   TIDAK BERMINAT

Bila sedang berborak di talian, si dia sering sahaja memberi tanda-tanda seperti tidak berminat untuk berborak dengan kamu. Bukan main tergesa-gesa si dia ingin habiskan perbualan. Hmmm, nampaknya si dia benar-benar sudah hilang minat nak berborak dengan kamu. Besar kemungkinan minatnya sudah beralih-arah.


4.   MUDAH MARAH!

Ada sahaja yang tidak kena, salah sekecil zarah pun di besar-besarkan. Pantang tersalah kata pasti si dia mudah naik angin. Sebenarnya semua itu ‘trick’ sahaja. Si dia saja besar-besarkan pekara untuk di jadikan sebagai punca untuk hubungan kamu berdua berakhir.


5.   PUTAR BELIT SEPERTI ULAR!

Bila di ajukan soalan, ada sahaja jawapannya. Kalau betul tak apa, ini tidak berputar belit kejap kata ini kejap kata itu! pening kepala di buatnya! Seriously, hati-hati nampaknya si dia sedang selindungkan sesuatu dari pengetahuan kamu.


6.   WHO’S YOUR FRIEND ?!

Sejak akhir-akhir ni, si dia sering keluar bersama rakan-rakannya. Bila di tanya siapa jawapannya pasti “alaaaa, adalah you bukannya kenal pun!”. Hahhh nampak tak ? kalau si dia benar-benar keluar dengan kawan-kawannya pasti si dia akan cakap siapa bukan ? dan tentu-tentu kamu mengenali rakan-rakannya, mengapa si dia perlu merahsiakan identiti ‘orang itu’ betul tak ?


7.   CAKAP LAIN, BUAT LAIN

“Awak, saya mengantuklah! Saya nak tidur ya..” dalam masa beberapa minit selepas tu tiba-tiba kamu terlihat tanda ‘online’ di facebooknya! Aik, kata nak tidur! Cakapnya lain tapi buatnya lain pulak ini memang sering terjadi! Kalau pasangan kamu mula menunjukan tujuh tanda di atas, cuba bawa berbincang dengannya. Tanya dia sebaik-baiknya mengapa si dia berkelakuan ‘pelik’ sejak akhir-akhir ini. Siapa tahu masalah ini boleh di seleasikan. Tapi, andai kata si dia memutuskan untuk berhenti sehidup semati dengan kamu jangan bersedih kerana You deserve much... much... better!

Repost !



~ terbaca artikel nie + ada benor ye ~ #thinkcarefully



Sunday, March 9, 2014

MAS AIRLINE BERPATAH BALIK BERDASARKAN MAKLUMAT DARIPADA RADAR TUDM



Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 berpatah balik ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dikesan dengan radar tentera.


Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud pada sidang media di Hotel Sama-Sama mendedahkan wujud isyarat MH370 cuba berpatah balik berdasarkan maklumat daripada radar TUDM.


"Kami memiliki rakaman. Kami mendapati terdapat kemungkinan pesawat cuba berpatah balik," kat Rodzali hari ini.

credit to pc
Pingates