Pages

led scroller

Wednesday, December 18, 2013

BEKAM SUNNAH RASULLULAH SAW





BEKAM SUNNAH==>> BUAT TEMUJANJI SEKARANG.. INSYAALLAH TERBAIK....


https://www.facebook.com/TerapiAlMujahid?ref=hl


https://www.facebook.com/groups/111118365616539/



TAHUKAH KAMU KENAPA RASULLULLAH BERBEKAM??

Apakah itu Bekam?

Bekam ialah mengeluarkan darah dari kulit dengan cara menghisap, kemudian melakukan sayatan nipis pada kulit, kemudian disedut lagi agar darah boleh keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan izin Allah swt.

Proses pengubatan bekam melibatkan tiga peringkat

1- Penyedutan
2- Penyayatan
3- Pengeluaran darah



SEJARAH BEKAM

Penggunaan bekam pertam kali oleh manusi ialah pada zaman Nabi Luth as , kaum Nabi Luth as apabila ada orang asing lalu dikawasan mereka . Mereka akan melempari kepala oran itu dengan batu sehingga mengalirkan darah, lantas mereka mendatangi orang tersebut dan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yang telah mereka keluarkan.

Kisah ini mensyariatkan sudah lama penggunaan bekam sebagai cara perubatan sejak zaman itu hingga zaman Rasullulah saw dan pada masa kini.

Bekam Merupakan Perubatan Yang Dipakai Oleh Rasullulah Saw

Sabda Rasullulah Saw :


"Penyembuhan itu terdapat pada tiga hal, minum madu,torehan alat bekam dan kay (bakar dengan api), Sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay' ". - Hadis Bukhari

Janji Rasullulah Saw Bahawasanya Bekam Di Satu Titik Sekitar Kepala Sahaja Dapat Menyembuhkan 72 Jenis Penyakit.


Sabda Rasullulah Saw :


"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit .- Hadis Thobrani.


Penduduk Langit Menganjurkan Supaya Penduduk Bumi Berbekam.


Sabda Rasullulah Saw :
"Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku di isra' kan kecuali mereka (para malaikat) berkata : wahai muhammad! Perintahlah umatmu berbekam" - HR Tarmizi & Baihaqi

Daripada kedua-dua hadis tersebut dapat difahami bahawa bekam ini merupakan saru kaedah pengubatan yang sangat ampuh bagi umat manusia sejagat.
MAAFAAT & KELEBIHAN BEKAM;-

- Dapat mengamalkan sunnah Rasullulah saw dalam perubatan.
- Meningkatkan daya tubuh badan
- Mencuci darah
- Dapat mengatasi kemalasan dan kelesuan
- Sangat berkesan mengatasi racun
- Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah
- Dapat mengatasi sakit kepala dan sakit gigi
- Mengatasi gangguan tekanan darah
- Merawat berbagai jenis penyakit yang tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden


Bekam Adalah Sunnah Nabi S.A.W dan Merupakan Mukjizat Perubatan.



Sabda Rasullulah saw diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim :
"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sesuatu penyakit kecuali dia menciptakan ubat baginya .. diketahui bagi yang mengetahui dan tidak diketahui bagi yang tidak mengetahui."


Dari Jabir ra beliau berkata Rasullulah saw bersabda :


"Setiap penyakit ada ubatnya , apabila ubat tepat mengenai penyakit maka akan wujudlah kesembuhan dengan izin Allah SWT." - Hadis Muslim


Dapat difahami daripada hadis tersebut bahawasanya berubat adalah merupakan sunnah Rasullulah saw.



Petikan :
Majalah "At-Takwa"
Cetusan Ilmiah Mukmin

Pingates