Pages

led scroller

Tuesday, November 8, 2011

Perkara Lelaki Tidak Suka Tentang Perempuan..?


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada anda semua yang sudi membaca ruangan nie,

Syukur Kehadrat ilahi kite bertemu kembali,
Seperti post yang lalu, aku telah bicara & nyatakan tentang  "Apa perkara perempuan tidak suka tentang lelaki..?".Sekarang masa untuk membongkar & mengetahui tentang "Apa perkara yang orang lelaki tak suka tentang perempuan..?" . Ini untuk pengetahuan korang serta untuk diri sendiri jugak. Adakah korang semua dah bersedia untuk mengetahuinya. Jom kite lihat & analisanya : -

Memberitahu lelaki apa yang perlu dilakukan

Adakah korang/ladies sentiasa memberitahu pasangan anda cara memandu, cara berpakaian, bagaimana untuk bertindak, dan sebagainya. Tidak dinafikan kite sebagai orang perempuan sememangnya lebih bijak membuat penambahbaikan, tetapi ia adalah suatu yang sangat sensitif bagi lelaki. Perkara yang paling penting kepada lelaki adalah perasaan seperti mereka telah menjalankan tugasnya dengan baik. Dengan memberitahu lelaki apa yang perlu dilakukan mungkin akan mewujudkan jurang dalam perhubungan korang.

Daripada memberitahu lelaki apa yang perlu dilakukan, adalah lebih baik anda bertanyakan pendapat mereka. Lelaki akan lebih memberikan kerjasama sekiranya anda berjaya membuatkan mereka berasa hebat. Daripada menyatakan “Abang harus lakukan begini” adalah lebih baik anda menyatakan “Apa pendapat abang jika lakukan dengan cara ini”. Ia membolehkan beliau untuk berkongsi pendapat dan secara tidak langsung anda juga boleh menyuarakan pandangan. Ini merupakan helah mudah untuk mengawal emosi lelaki.

Tidak memberikan mereka ruang

Pada kebiasaannya, lelaki yang sedang berada didalam masalah lebih selesa untuk menyendiri. Ini bukan bermakna mereka tidak mahu berkongsi masalah dengan kite, tetapi mereka cuma perlukan masa untuk menstabilkan diri sendiri terlebih dahulu.
Perkara yang wanita boleh lakukan adalah dengan memberikan sepenuh kepercayaan kepada golongan nie untuk menyelesaikan masalah itu. Cuba elakkan daripada menambahkan tekanan terhadap mereka.

Leteran

Leteran yang bersesuaian dengan situasi agak mudah untuk diterima. Tetapi jangan anda meleteri mereka sehingga boleh menimbulkan kerunsingan didalam fikiran. Kita selalu menyatakan bahawa mereka tidak dewasa, tidak berwibawa, tidak boleh mengendalikan perkara-perkara dengan sendiri dan sebagainya. Mereka sahaja yang menjadi masalah dari pandangan bagi golongan ladies.


Bertanya soalan “bolehkah awak…?”

Apabila korang ladies memerlukan pertolongan daripada seseorang lelaki, tidak perlu untuk memulakan dengan soalan “bolehkah awak mengangkat kerusi ini?”. Ini adalah kerana dari segi psikologi seorang lelaki akan membuat tafsiran bahawa anda berasa ragu terhadap kemampuan mereka. Lelaki amat tidak suka sekiranya kemampuan mereka diragui. Adalah lebih baik untuk anda menyatakan “tolong angkat kerusi ini”. Ini adalah lebih selamat untuk menjaga perasaan lelaki. Sekiranya mereka tidak mampu untuk melakukan sesuatu, biarkan mereka sendiri yang menyatakannya.

Tak bertanggungjawab

Nie paling2 lelaki tak suka pada ladies or perempuan. Nak au kenapa @ mengapa nie kerena sikap nie awal2 menunujukkan seorang ladies @ perempuan tak serius apabila melakukan sesuatu mahupon dalam menjalini hubungan. Perempuan yang memiliki sikap nie, di haruskan agar berubahlah sebelum jejaka yang anda sayangi tue hilang dek kerana sikap tak bertanggungjawab tue. :0

Merokok

Ini satu pantang orang lelaki, bila Nampak orang perempuan tak kire kawan die ka @ buah hati ka merokok. Seperti yang kita sebagai orang perempuan tahu. Merokok adalah amat bahaya untuk kesihatan baik utnuk laki mahupon perempuan. Namun, sejak aku di lahirkan & zaman2 sebelum era moden nie trend merokok bagi orang lelaki nie dah di anggap biase. So, tak jadi masalah bagi masyarakat sekeliling. Sekrang,di serba moden & canggih nie, terdapat segelintir perempuan yang merokok, ada kalanya aku sendiri pon Nampak ngn mata sendiri tgk kaum hawa merokok dengan keadaan bangga & takde segan silu langsung. Ish. ! Seriusly aku cakap, aku pulak yang segan tgk ada kaum sendiri begitu. Lelaki mmg akan join ladies yang merokok tapi ble belakang korang, ada korang au laki2 nie kutuk2 korang dari belkg. “Pergh..! Nie nak jadi awek @ isteri, tak layak langsung “, nie lah dialog2 yang aku dgr dari perbualan kaum2 adam ttg gadis yang merokok.

Sukar wat keputusan

Perempuan yang sukar wat keputusan ! Hah, Mmg laki2 tak suka, sbb apa nie akan menyusahkan mereka kerana dieowg terpaksa tunggu lame nak au keputusan korang. Cthnya : nk tgk wayang, korang tak tau nak tgk citer pa.? tapi nk tgk wayang.! Jejaka dah bawak kepawagam tpi korang plk xau cter apa nak tgk. Mmg bengang mereka dalam hati tapi tak tunjuk. Better sebelum nak p ane2 rancang dlu & plan sme2.

Kurang kasih sayang

Nak au bagaimana orang laki nak au orang perempuan nie penuh kasih saying ka x? Orang lelaki klo sayng @ cinta seseorang tue, die akan perhatikan gerak geri gadis yang die saying. Dari situ dieowg nie au, korang penuh kasih saying ka x? Cth; korang ternampak kucing yang kelaparan sangat2, korang wat tak au. Si jejaka pandang je dlm diam nak tgk korang bagi makan ka x kucing tue. Mereka akan Nampak dalam diri korang, korang sayang binatang sperti kucing sudah tentu Korong punyai hati yang penuh kasih sayang..

Sosial

Seperti yang korang au perkataan so-sial nie, yang korang sendiri au maknanya. Lelaki tak suka orang perempuan bersosial terlebih2. Maksudnya disini, walaupon sejahat manapon lelaki tue, mereka tetap mahupon pasagan mereka seorang yang baik & boleh menegah mereka daripda melakukan perkara2 yang tak baik. Klo terdapat pasangan yang so-sial, sapa yang akan saling ingat mengingati..? Pikirla sendiri. Bersosial dgn kwan2 boleh tetapi biar kena dgn batas2nya, ok?

Boros Berbelanja

Hah ! Boros adalah amalan syaitan. Janganlah kite mengikutinya !
Klo shopping mmg akan rambang mata, klo bly satu shopping mall nak beli.. (hahaha). Namun, korang kena jaga2 & beringat2 la sendiri, sebelum shopping wat la list utk beli pa yang ptt. Klo kuar shopping takde la bazir mase & wang beli barang yang takde feadah utk kegunaan korang. Lelaki suka wanita yang jimat cermat kerna save money poket dieowg jugak. Tue la kenyataannya.!

Malas Masak

Statement nie, statement paling pantang dalam kamus hidup aku klo aku dengari. ! Aku suka memasak @ menipta resepi baru mengikut cita rasa sendriri. Baru puas hati makan, tak gitu. Bagi korang yang malas masak. Pls2 rajin2 la memasak kerna lelaki suka pasangannya memasak kerna bile korang dah nikah takkan la nak makan nasik bungkus tiap2 hari kt kedai. Bak kata org laki2, bagi org perempuan tak mls masak lbh baik tak payah nikah. So, korang taknak dgr ayt nie. Berubah la!




# Nie merupakan satu info yang sangat menarik & nie lah kebenarannya & tak semua owg perfect. Lelaki ada kurangnya begitu juga dgn wanita, Jangan saling salah menyalahi, tapi saling lengkap melengkapi antara satu sama lain,

Akhir kata,
-Assalammualaikum-

Pingates