Pages

led scroller

Monday, November 29, 2010

Rahsia kecantikan dari segi pemakanan




BUAH KIWI, HEAVYWEIGHT TERKECIL DIDUNIA

Rasa kiwi yang manis dan warna isinya yang segar kehijauan sentiasa membuatkan buah kecil berbulu halus ini suatu pilihan yang versatil. Samada dijadikan snek buah-buahan, jus atau hiasan tartlet, saiz kiwi yang kecil sangat padat dengan zat penting termasuk digelar juara buah-buahan serta heavyweight terkecil di dunia. Menerusi buah kiwi Zespri™ New Zealand, terdapat dua jenis yang popular di pasaran iaitu hijau dan emas.


Menghindari penyakit



Kesibukan tugas kerapkali membuatkan tubuh anda kekurangan zat makanan. Hal ini boleh melemahkan sistem imunisasi dan membuatkan anda mudah diserang penyakit. Pengambilan buah kiwi secara berterusan dapat melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin, zat galian serta anti-oksidan.
Telah terbukti bahawa vitamin C memainkan peranan yang penting dalam pengimunan tubuh. Isi buah kiwi adalah sumber Vitamin C yang luar biasa dan ia juga mengandungi jumlah vitamin C yang sama dengan dua biji oren. Ini terbukti amat berkesan dalam melancarkan perpindahan plasma dan penyimpanan bersel vitamin C di dalam tubuh. Buah kiwi juga adalah sumber terbaik bagi antioksidan larut lemak dan vitamin E yang penting. Gabungan kedua-dua antioksiden larut air dan larut lemak membolehkan buah kiwi melindungi tubuh dari radikal bebas.
Selain daripada vitamin dan antioksidan, buah kiwi mengandungi kuantiti potasium yang sama dengan sebiji pisang selain kaya dengan beta-karotina dan zat galian yang lain seperti magnesium, zink, zat besi dan fosforus. Kandungan vitamin C dan karotenoid dalam buah kiwi turut membantu dalam penyerapan zat besi. Ia juga menyimpan enzim proteolisis yang digelar actinidin untuk meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirin. Maka secara tidak langsung, ia adalah baik untuk usus anda juga.


Miliki usus yang sihat



Mengalami sembelit adalah perkara biasa bagi kebanyakan wanita. Tetapi jika anda mengambil sebiji buah kiwi dalam diet harian, anda tidak perlu risau lagi. Buah kiwi mengandungi banyak serat yang serupa dengan semangkuk bran. Maka, ia dapat memberikan kelegaan daripada kesan sembelit.


Gula



Buah kiwi juga sesuai diambil oleh pesakit kencing manis. Ia merupakan sumber tenaga yang penting, malah kajian juga menunjukkan bahawa ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah bagi setiap hidangan 120 gm (sebiji kiwi saiz besar). Ini bermakna tahap glukosa darah tidak akan bertambah secara mendadak.

Buah kiwi adalah pilihan berkhasiat bagi pesakit kencing manis yang memerlukan perangsang tenaga

sepanjang hari, berbanding dengan snek yang tinggi kandungan lemak atau gula.

No comments:

Post a Comment

Pingates