Pages

led scroller

Showing posts with label minda. Show all posts
Showing posts with label minda. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

GHOST 2012 KOREAN DRAMA PART 2 STORY

Assalamualaikum and Hello Guys !

Di malam yang sunyi sepi nie, mmg sesuai untuk aku menulis blogger nie.
Bly la dapat banyak idea. . .
<huhuhu> banyaklah sangat kn. . ?

Story2 hari nie,


seperti yang korang au, aku sekarang addicted ngn cerita ghost 2012.
Tetapi, hari nie aku tak tengok cerita tue because lack of time. .
( tik tok tik tok tik tok )
Jam berbunyi dan bergerak pantas.
.................................................... 
Dalam cerita GHOST 2012 nie,
Pasal Ghost behind monitor; Antara genius2 group hacker yang berkerjasama dgn phantom, serta bertarung dgn Genius hacker, Hades.
Park Ki Young aka Kim Woo Hyun (Hades) vs Jo Hyun Min (Phantom)


Ingat aku tengok saja2 ker…?
Aku selidik au, software apa dieowg pakai cmene dieowg analysis data2 tue..

Memang berbaloi sebab aku dapat cari software2 tuer.
Mmg berguna untuk aku… kihkih…
Tapi, untuk makluman korang bukan untuk jadi hacker
sekadar untuk anaylsis data laptop sendiri…

Okay !
Pergi kepada barisan pelakon yang handal kacak plus cantik dalam cerita nie…
 ................................................

So ji sub
as
Kim woo hyun  @ park ki young


............................................... 

Lee yeon hee
as
Yoo kang mi


Kisah hero dan heroin nie, dieowg nie pernah digandingkan short film as known U-Turn.
Dalam Nie, dieowg belakon guna nama sebenar iaitu, yeon hee and ji sub..
dan short film nie mendapat hit ranking


Walaupon, film nie pendek tapi, msge tue smpai au…

Jarak umo dieowg 11tahun, tapi tetap sama padan bagai pinang di belah dua gitu :p
Memandai kan kome.. hehehe

....................................................
Dalam drama nie, Yoo kang mi ada perasaan terhadap kim woo hyun sebenar.. tetapi, die tak sempat meluahkan perasaan masing2.. kim woo hyun yang sebenar telah accident dalam letupan kimia bersama park ki young...





selepas accident tue, yoo kang mi menyelamatkan park ki young yang police kenali sebgagai kim woo hyun dripde di ancam oleh pembunuh . .

kemudian, park ki young menjalani pembedahan plastik kerana kerosakan yg teruk akibat kemalangan kimia tue. 
Ghost Behind Secret Park Ki Young aka Kim Woo Hyun


park ki young bercadang untuk bertukar menjadi kwan baik nye, kim woo hyun untuk mencari pembunuh sebenar ..

Walaupun, rupa park ki young telah menjadi rupa rakannya; tetapi, personality die yang suka mengusik dan testing yoo kang mi mmg jelas kelihatan sama..
Ki young mengusik kang mi yang sedang nyenyak tdo di hari cutinya..

Ki young aka woo hyun ajak berjumpa di kedai berhampiran rumah kang mi..


Demi Park ki young tak dicurigai oleh orang lain yang menyamar sebagai kim woo hyun.. Yoo kang mi banyak meluangkan masa dgn park ki young.
Yoo kang mi lah banyak back up ki young @ woo hyun dari sebarang ancaman @ tuduhan.. 





Dalam diam, yoo kang mi telah terpikat ngn sikap dan personality park ki young aka kim woo hyun.. Ki young sgt suka testing kang mi. Nampak die bagai tak peduli kang mi, tetapi hatikatnya die sgt ambik berat ttg kang mi cume die fkr kang mi mungkin sukakannya kerana wajahnya menyerupai sahabatnya..  
woo hyun menelepon kang mi
Di teater



Hampir terjatuh untuk mencapai sesuatu

ki young cepat menyambut kang mi
Ki young terpaku



Kang mi ketakutan hingga menangis dan memeluk ki young aka woo hyun

Di sinilah bermula, story love line between
 park ki young(so ji sub) dan yoo kang mi(lee yeon hee)...



Yoo kang mi mebetulkan tali leher ki young aka woo hyun, mata saling terpaku bile bertentangan.. 

Pasangan yang sama genius, smart dan cinta yang terpendam tanpa diluahkan..

Pertemuan pertama antara park ki youung dan yoo kang mi di episode 1

 .....................................................

Sewaktu drama di lancarkan dan ditayangkan di kaca tv korea, SBS.
Banyak ktirikan negative di lemparkan kt Lee yeon hee. Orang kata die xpandai belakon or blah2…

Aku tengok ok je.. cinta yang tersirat dan terpendam tue sampai je kt aku untuk hayatinya…
Tapi, tak au la owg lain yg mengharapkan lebih dari tue..
Confirm la bagi dieowg menghampakan…

Plus….
More information I got it is.. So ji sub depend Lee yeon hee acting skills.
Wah, bravo… !
Sepadan kan..



He really like a hero to his heroin.

...................................................... 

Choi Daniel
as
Park ki young
Nielah park ki young sebenar.. wajahnya sebelum bertukar.. 


Choi Daniel adalah pemengang asal watak park ki young sebelum belaku letupan di kilang kimia yang menimpa kim woo hyun dan ki young.


Die juga memainkan peranan penting dalam cerita nie eventhrough die hanya muncul dalam beberapa episode sahaja,.

...................................................... 

 Yang menarik kisah cerita nie sebab ada menunjukkan pasal hubungan dua orang sahabat yang telah lama terpisah kerana hal tertentu dan muunasabah..


 Hubungan persahabatan terpisah 10tahun antara Kim woo hyun dan park ki young. Bila dieowg berjumpa kembali, rupanya2 masing2 masih lagi tersemat kasih sayang persahabatan antara mereka.

 Sweet kan relationship dieowg…

End of This drama between ki young aka woo hyun dan kang mi
Park Ki Young telah menjadi policeman yang sebenar dengan mengekalkan identiti sebagai Kim Woo Hyun..
Yoo Kang Mi iktiraf ki young sebagai police yang baik dan mempercayai ki young aka woo hyun..


 Dalam cerita nie, so ji sub pemengan watak utama die sekarang active menjalani pengambaran drama baru bertajuk “THE MASTER SUN” …

 Aku de search pasl cerita nie, majority kata best …

 Tapi, cerita nie haroro ( ada babak seram la )

 Jadi, tak jadi la nak tengoknya… kihkih…

( tik tok tik tok )

Jam dah menunjukkan pukul 0130 am…
Tapi, mata aku segar lagi nie..


Apa pun, ia dah melangkau masa tubuh badan aku untuk rest…
Ok, Sampai disini sahaja, .


Tata, wa’sallam…








Sunday, July 1, 2012

[120701] Fasting Should Not Slow You Down




Adat berpuasa, tubuh yang sebelum ini aktif dan cergas bertukar lesu kerana menahan lapar dan dahaga. Jika sebelum ini cukup masa, perut diisi – senario sepanjang bulan ini tentunya berbeza.

Tiada lagi rutin makan pagi, tengah hari dan petang. Melepasi waktu sahur, sekurang-kurangnya 13 jam perut tidak menjamah makanan hinggalah tiba waktu berbuka.

Pada bulan puasa, diet pemakanan berubah ketara. Pengambilan makanan menjadi lebih berat pada waktu awal pagi dan malam, manakala selebihnya perut dibiar kosong. Perubahan ini tentunya berbeza bagi setiap orang. Ada yang terganggu emosi, letih dan kurang bertenaga. Antara punca keadaan ini mungkin kandungan gula yang rendah atau tekanan darah rendah ketika berpuasa.

Dalam tempoh berlapar ini, tenaga masih diperlukan untuk melakukan aktiviti harian. Andai minda dan fizikal tidak cergas, masalah kelesuanpasti mengganggu kehidupan anda.

Sempena ketibaan Ramadan, XY – Tanya Pakar minggu ini mendekati pakar kecergasan serta chef makanan kesihatan untuk berkongsi tip kekal cergas sepanjang hari.

“Tidak seharusnya ketika berpuasa, aktiviti harian dan cara bekerja berubah hanya kerana kita berasa letih dan lesu”.

“Sepatutnya, kita masih boleh cergas andai arif soal pemakanan yang membolehkan perut dan badan menghasilkan tenaga sepanjang hari,” kata Perunding Kecergasan dan Chef Makanan Kesihatan Corporate Athletes, Arfian Yusof.

Arfian berkata, amat penting untuk kita mengetahui kandungan makanan. Ini bagi memastikan tubuh kekal bertenaga biarpun pada realitinya, minda menahan lapar.
Beliau berkata, menu untuk bersahur tidak terhad kepada nasi semata-mata. Sebaliknya, seseorang itu masih boleh mempelbagaikan makanan seperti roti, manisan dan buah-buahan.

Selain makanan, minuman memainkan peranan penting kerana tubuh badan masih memerlukan air lebih daripada tiga liter sehari untuk kekal sihat.

“Sebaiknya, kita hendaklah bersahur bagi mengelak perut kosong hingga lewat petang. Pengambilan makanan dan menu sampingan adalah penting untuk menghasilkan tenaga dan nutrien dalam badan,” katanya.

Arfian juga menggalakkan aktiviti bersenam diteruskan sepanjang bulan puasa. Bagi beliau, puasa bukan alasan tidak bersukan kerana amalan ini mampu mengekalkan kecergasan badan serta menjamin minda cerdas.

Ditanya amalan diet pada bulan puasa, Arfian menegaskan, amalan itu tidak wajar jika dilakukan terlalu ekstrem sepanjang Ramadan. Ini kerana, katanya, tubuh memerlukan pemakanan seimbang dan berkhasiat sepanjang masa.

Selain memberi tip pemakanan seimbang, Arfian berkongsi senaman ringkas yang boleh dilakukan di pejabat apabila badan berasa letih dan mengantuk.


Bagaimana tubuh kita mampu menahan lapar sepanjang hari pada bulan puasa?

Walaupun kita tidak menjamah makanan dan minuman selama lebih 13 jam sehari, mekanisma tubuh kita mampu bertahan sepanjang tempoh itu. Adalah penting untuk kita makan ketika bersahur iaitu makanan yang mengandungi segala yang diperlukan untuk tenaga badan.


Mengapakah tubuh kita lesu dan letih ketika berpuasa?

Faktor lemah, pening, letih dan tumpuan fikiran kurang baik berpunca daripada kandungan gula dalam darah yang rendah. Elak mengambil terlalu banyak gula iaitu karbohidrat yang diproses terutama pada waktu sahur.  Ini akan menyebabkan badan menghasilkan terlalu banyak
insulin sehingga glukosa darah menurun.


Apakah menu terbaik ketika bersahur?

Selain nasi, pastikan pengambilan makanan yang berprotein seperti ikan,daging, bijirin dan sayur-sayuran yang seimbang untuk menjamin tenaga berkekalan.

Makanlah karbohidrat kompleks dan jenis lambat hadam iaitu bijirin seperti barli, gandum, oat, semolina, kekacang, dal, tepung gandum penuh dan beras perang ketika bersahur. Selain itu, hadkan pengambilan makanan serta minuman bergula.

Apa agaknya menu sesuai pada waktu berbuka?

Umat Islam di Malaysia cenderung menikmati sajian agak berat dan manis ketika berbuka puasa. Untuk fasa pertama Ramadan, pastikan anda menikmati makanan dalam kuantiti yang sepatutnya. Elak kuantiti keterlaluan untuk menjaga perut kosong.

Elakkan juga makanan yang mengandungi glukos tinggi selain makanan terlalu pedas. Sewaktu berbuka, seeloknya dimulakan dengan memakan buah kurma dan air panas.


Bagaimana pula kuantiti makanan yang sesuai diambil ketika berbukapuasa?

Seperti yang saya katakan tadi, usah keterlaluan dalam pengambilan makanan ketika berbuka puasa. Seeloknya, mulakan dengan manisan seperti kurma dan buah-buahan serta minuman sebelum menunaikan solat maghrib.

Biar rehat seketika barulah menjamu menu lebih berat. Jika kita mengambil nasi, pastikan sukatannya dalam skop yang seharusnya selain hidangan lain seperti daging, ikan dan sayur-sayuran diambil dalamkuantiti sepatutnya.

Apakah kita digalak bersenam sepanjang tempoh berpuasa?
Tiada sebab untuk kita menghentikan aktiviti bersenam. Namun, usahlah keterlaluan seperti melakukan rejim latihan yang berat. Ini kerana tenaga pada badan akan lebih cepat hilang serta mengeluarkan banyak peluh.

Waktu ideal untuk melakukan senaman?
Senaman boleh dilakukan dalam tempoh sebelum berbuka atau selepas berbuka. Bagi senaman sebelum berbuka, seeloknya dilakukan sejam sebelum waktu berbuka puasa.
Selain itu, pastikan senaman tidak dilakukan secara keterlaluan kerana tubuh ketika itu lesu. Bagi pilihan kedua, senaman dilakukan sebaik selesai solat terawih. Ini dianggap waktu terbaik kerana glukos pada makanan sudah diserap dalam badan.

Apa pula kesannya andai kita tidak mengambil makanan ketika waktu sahur?


Tidak dinafikan, ramai antara kita tidak bersahur kerana tidak sanggup berjaga malam. Tetapi ada sebab mengapa bersahur bagus untuk memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari.

Tidak bermakna menikmati makanan yang banyak boleh menjamin seseorang tidak lapar. Sehubungan itu, amat penting untuk kita mengambil pemakanan seimbang dan kandungan yang diperlukan tubuh.

Orang bujang lazimnya malas memasak dan menyediakan menu untuk bersahur. Mungkin ada alternatif yang boleh anda cadangkan sebagai pengganti nasi?

Idea terbaik ialah bijirin yang tinggi protein dan khasiat. Selain itu, roti tinggi serat dan mentega kacang juga menjadi alternatif sajian ringkas untuk jejaka bujang.

Mereka juga boleh mengambil buah-buahan kering seperti aprikot dan kurma yang mampu memberi sumber vitamin dan tenaga berpanjangan. Bagi minuman pula, sebaiknya minumlah susu.

Apa minuman sesuai ketika berbuka?

Elak mengambil minuman berais ketika berbuka puasa. Pada waktu itu, tubuh kita lesu dan harus dimulakan dengan air suam dan panas. Minuman seperti susu adalah baik untuk memulihkan semula tenaga yang hilang.

Tip  Petua Kesihatan Ramadhan

Elak:
Makanan berlemak dan bergoreng.
Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula.
Makan terlampau banyak terutama pada waktu sahur.

Diharuskan:
Karbohidrat kompleks ketika bersahur kerana ia ada dalam perut lebih lama dan tidak cepat lapar.

Minum:
Sebanyak mungkin air atau jus antara berbuka puasa dan tidur supaya badan dapat menukar tahap bendalir dalam masa yang ditetapkan.

Senaman ringkas di pejabat sepanjang Ramadan  TIDAK perlu rutin senaman berat, sebaliknya anda boleh melakukan regangan ringkas di tempat duduk. Ini bagi memastikan badan tidak lesu dan mengantuk ketika berpuasa.

Ikuti empat kaedah ringkas senaman yang boleh diamalkan sepanjang tempoh berpuasa di pejabat.

Regangan tangan  Cengkam kedua-dua belah tapak tangan ke depan dalam posisi lurus. Genggam sekurang-kurangnya 20 saat.

Regangan bahu  Tarik kedua-dua belah tangan ke belakang dan genggam kedua-duanya. Biarkan selama sekurang-kurangnya 20 saat

Regangan kepala  Lenturkan kepala ke kiri dan kanan secara perlahan. Biarkan sekurang-kurangnya 20 saat.
Regangan kaki  Buka lipatan kaki dan tunduk dalam posisi ke bawah. Biarkan tangan mencecah hingga ke lantai. Lakukan proses ini selama 20 saat

Selamat Berpuasa Kepada yang berpuasa,
(+) bulan julai nie, bakal menjelma bulan ramadhan kelak..
Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2012



Pingates