Pages

led scroller

Showing posts with label Rahsia kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Rahsia kecantikan. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Tip solekan

SOLEKAN MUSIM PERCUTIAN


Kembara percutian sambil beristirehat di tempat baru pastinya suatu pengalaman yang amat sukar dilupakan. Melawat monument bersejarah dan ketemu penduduknya yang ramah, memang mengujakan! Begitupun, usah jadikan ini alasan untuk bercuti dari tidak mengenakan sebarang solekan. Ketahui tip-tip solekan kala berlibur agar wajah anda kekal manis berseri kala merakam foto-foto kenangan.
Semasa Penerbangan
Isikan alat-alat solekan yang asas sahaja ke dalam sebuah beg kecil. Ini termasuklah krim pelembap wajah bersaiz mini dan pek sampel pewangi kegemaran anda. Bawa bersama titisan penyegar mata, pek tisu lembap antibakteria dan sebotol kecil face mist untuk menghidratkan kulit.
Tip!
  • Layangkan solekan yang minimal.
  • Pemakaian bedak asas, pemerah pipi atau debu pembayang mata yang tebal akan mencomotkan wajah, terutamanya jika anda tertidur dalam penerbangan.
  • Periksa wajah anda sejam sebelum pendaratan.
  • Gunakan gincu tahan lama dan maskara kalis air untuk kelihatan menawan di sepanjang penerbangan. Bawa bersama palet pembayang mata untuk touch-up.


Negara beriklim Panas



Angkara cuaca panas dan suhu lembap boleh mendatangkan masalah pada solekan yang dikenakan. Bedak dan pemerah pipi akan mencair, lalu hilang di sebalik bebutir peluh di wajah anda. Rahsia solekan yang bijak ialah memilih warna-warna matte agar anda terlihat lebih semulajadi.
Tip!
  • Jika mempunyai kulit berminyak, bedak asas jenis matte sangat disarankan agar kulit sentiasa kering. Ia juga meresap lebihan minyak.
  • Elakkan alat solekan berasaskan krim kerana ia mudah mencair dan melekitlekit di bawah suhu panas.
  • Gunakan alat solekan dengan formulasi ekstrak pudina, lemon, the hijau atau timun yang mempunyai kesan mendingin serta menyegarkan kulit.

Negara beriklim Sejuk



Ketika berkunjung ke negara beriklim sejuk atau bersalji, anda perlu menyesuaikan jenis solekan agar dapat menghidratkan kulit yang kering. Gunakan alat-alat solekan yang berasaskan kalis air termasuklah bekas kit solekan yang dibawa! Pilihlah warna-warna terang untuk pembayang mata, tapi kekalkan rona lembut pada pipi dan bibir.
Tip!
  • Gunakan bedak asas yang dilengkapi pelembap.
  • Penggunaan span mekap akan menyerap pelembap semulajadi dari kulit anda. Jadi gunakan berus khas untuk meratakan cecair bedak asas.
  • Suhu sejuk akan mengeringkan bibir. Sapukan balm bibir di bawah gincu kegemaran agar warnanya lebih terserlah.
Oleskan sedikit bronzer pada wajah anda selepas selesai mengaplikasi solekan. Ini memberikan efek kemilau untuk kesan segar dan glamor.

Rahsia kecantikan dari segi pemakanan




BUAH KIWI, HEAVYWEIGHT TERKECIL DIDUNIA

Rasa kiwi yang manis dan warna isinya yang segar kehijauan sentiasa membuatkan buah kecil berbulu halus ini suatu pilihan yang versatil. Samada dijadikan snek buah-buahan, jus atau hiasan tartlet, saiz kiwi yang kecil sangat padat dengan zat penting termasuk digelar juara buah-buahan serta heavyweight terkecil di dunia. Menerusi buah kiwi Zespri™ New Zealand, terdapat dua jenis yang popular di pasaran iaitu hijau dan emas.


Menghindari penyakit



Kesibukan tugas kerapkali membuatkan tubuh anda kekurangan zat makanan. Hal ini boleh melemahkan sistem imunisasi dan membuatkan anda mudah diserang penyakit. Pengambilan buah kiwi secara berterusan dapat melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin, zat galian serta anti-oksidan.
Telah terbukti bahawa vitamin C memainkan peranan yang penting dalam pengimunan tubuh. Isi buah kiwi adalah sumber Vitamin C yang luar biasa dan ia juga mengandungi jumlah vitamin C yang sama dengan dua biji oren. Ini terbukti amat berkesan dalam melancarkan perpindahan plasma dan penyimpanan bersel vitamin C di dalam tubuh. Buah kiwi juga adalah sumber terbaik bagi antioksidan larut lemak dan vitamin E yang penting. Gabungan kedua-dua antioksiden larut air dan larut lemak membolehkan buah kiwi melindungi tubuh dari radikal bebas.
Selain daripada vitamin dan antioksidan, buah kiwi mengandungi kuantiti potasium yang sama dengan sebiji pisang selain kaya dengan beta-karotina dan zat galian yang lain seperti magnesium, zink, zat besi dan fosforus. Kandungan vitamin C dan karotenoid dalam buah kiwi turut membantu dalam penyerapan zat besi. Ia juga menyimpan enzim proteolisis yang digelar actinidin untuk meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirin. Maka secara tidak langsung, ia adalah baik untuk usus anda juga.


Miliki usus yang sihat



Mengalami sembelit adalah perkara biasa bagi kebanyakan wanita. Tetapi jika anda mengambil sebiji buah kiwi dalam diet harian, anda tidak perlu risau lagi. Buah kiwi mengandungi banyak serat yang serupa dengan semangkuk bran. Maka, ia dapat memberikan kelegaan daripada kesan sembelit.


Gula



Buah kiwi juga sesuai diambil oleh pesakit kencing manis. Ia merupakan sumber tenaga yang penting, malah kajian juga menunjukkan bahawa ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah bagi setiap hidangan 120 gm (sebiji kiwi saiz besar). Ini bermakna tahap glukosa darah tidak akan bertambah secara mendadak.

Buah kiwi adalah pilihan berkhasiat bagi pesakit kencing manis yang memerlukan perangsang tenaga

sepanjang hari, berbanding dengan snek yang tinggi kandungan lemak atau gula.

Sunday, November 7, 2010

Kecantikan Bulu Mata Memakau


Solekan bukan lagi satu perkara yang membebankan, malah sudah menjadi sebahagian daripada keperluan setiap wanita. Namun, untuk mendapatkan wajah yang ‘lengkap’ dengan penggunaan solekan yang ringkas, maskara memainkan peranan. Hal ini terjadi kerana maskara yang akan memberi ilusi cantik pada mata kamu. Jadi, ingin mengetahui apakah rahsia kecantikan maskara? Ikuti panduan yang disenaraikan di bawah ini. mata kamu. Jadi, ingin mengetahui apakah rahsia kecantikan mascara? Ikuti panduan yang disenaraikan di bawah ini:-



Cara pakai

1. Sapukan maskara pada bahagian atas dan dalam bulu mata terlebih dahulu. Oles daripada akar bulu mata.

2. Kemudian, sapu maskara melalui bahagian atas bulu mata. Ini bertujuan untuk memanjangkan lagi bulu mata.


3. Seterusnya, oles mascara di bahagian bulu mata bawah. Gunakan cara zig zag dan menegak.


Cara bersih

1. Mula-mula, gunakan ‘makeup Kemudian, sapu pada remover’ yang telah bahagian dititiskan pada kapas muka dan sapu dari tepi mata ke bahagian dalam.

2. Kemudian, sapu pada bahagian dalam. atas diikuti bawah.



Jenis-jenis maskara:

Menebalkan (thickening mascara)
Bagi wanita yang memiliki bulu mata panjang dan tidak tebal atau bulu mata pendek tetapi lentik, maskara jenis ini dapat membantu.



Melentik (curling mascara)

Pilih berus maskara berbentuk melengkung kerana bulu mata lentik boleh terbentuk dengan berus yang tepat dan lengkungan yang sempurna.


Kesan panjang (lengthening mascara)

Jenis maskara ini mengandung plastic polymers yang akan melekat pada hujung bulu mata.





Masakara yang dijual di pasaran:



1. Non-waterproof mascara

Maskara ini mengandung formula yang tidak tahan air dan mudah luntur. Tetapi maskara begini ada kelebihannya iaitu mudah dibersihkan. Oleh itu, ia amat sesuai untuk Muslimah yang mementingkan kecantikan dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan kewajipan solat lima kali sehari. Mengandungi formula tahan air. Jadi, gunakan ‘eye makeup remover’ atau ‘baby oil’ untuk menanggalkan mascara ini. Maskara begini sesuai digunakan oleh para gadis ketika datang bulan supaya kamu tidak perlu memakainya berulang kali. Kamu hanya perlu membersihkannya setelah pulang ke rumah.

2. Waterproof mascara

Mengandungi formula tahan air. Jadi, gunakan ‘eye makeup remover’ atau ‘baby oil’ untuk menanggalkan mascara ini. Maskara begini sesuai digunakan oleh para gadis ketika datang bulan supaya kamu tidak perlu memakainya berulang kali. Kamu hanya perlu membersihkannya setelah pulang ke rumah





Pingates