Pages

led scroller

Showing posts with label Puisi cinta. Show all posts
Showing posts with label Puisi cinta. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Sinaran Jiwa 2012


Dugaan,
Mengapa Dikau menjelma.?
Mengapa Dikau menghantui.?
Mengapa Dikau menganggui.?

Dugaan,
Satu suratan yang menguji ketabahan,
Satu suratan yang menguji keimanan,
Satu suratan yang menguji kekuatan,

Tabah,
Aku terima dan redha,
Aku berusaha dan tekun,
Aku bertawakal dan berserah,

Perit,
Satu rasa yang dirasai,
Satu rasa yang pahit,
Satu perasaan yang terluka,

Pergi,
Jauhkan diriku,
Jangan dekati aku,
Jangan hancurkan hatiku,
Jangan hancurkan impian aku,

Kehidupan,
Luas terbentang,
Peta penentuan jalan,
Roda pengerak kehidupan,

Sejuta,
Sejuta ayat telah terungkap,
Berjuta waktu telah bertukar,
Pelbagai kenangan telah tersemat,

Ungkapan,
Sebuah ayat senang dikata,
Sebuah keperitan susah dirasa,
Sejuta kepiluan bebani di jiwa,


Memori,
Ada duka, ada ceria,
Ada pahit, ada manis,
Asam garam kehidupan manusia,

Harapan,
Sinaran pelangi ceria,
Mengukir senyuman di bibir,
Agar bertaut kasih berpadu,
Mendambar lautan bahagia..

Al-Quran dan Al-Sunnah,
Menjadi panduan hidup,
Agar mendapat cahaya ilahi,
Mendapat kebahagian dunia akhirat..

Hakikat,
Sangat menyakitkan,
Sangat memilukan,
Untuk sebuah harapan yang tak pasti..!

·      Karya khas dari aku (Rischa).
Sebuah Karya dari sanubari :D
Enjoy and being Smile







Friday, December 30, 2011

Nukilan Cinta 2012


Tahun 2011,
Satu jumlah angka yang bakal berakhir,
Dengan hanya beberapa jam lagi,

Di saat ini,
Aku akan juga akan berhijrah mengikut arus detik masa,
Penghijrahan dari satu tempat ke satu tempat,
Penghijrahan dari yang buruk ke baik,

Pelbagai,
Ragam manusia telah tercipta,
Serta berbagai azam & iktiqad telah direka,
Bagi menjadi matlamat kehidupan 2012,

Hidup,
Hidup ini umpama pentas layar,
Kita hanya boneka yang bergerak dgn akal & hati,
Jangan persalahguna akal baik untuk keseronakkan dunia,
Jagalah hati sebaik yang mungkin,

Keseronakkan Duniawi,
Hanya sementara & mainan syaitan binasakan manusia,
Beringatlah wahai kawan,
Berseronak biarlah berpada,
Jangan dilupakan Allah Yang Maha Esa,

Matlamat,
Yang tercipta hendak di kabul,
Genggami lah dgn jalan yang lurus,
Moga Allah memberikan Taufiq & Hidayah  ,
Daripada Dimurkai oleh Nya,
Dgn perbuatan yang tidak di redhaiNya,

# Selamat tahun baru 2012,
Moga kita berjumpa kembali 

X0X0

Hak Pencipta dari aku,
Sekian

Saturday, November 19, 2011

Kasih Suci




Di kala nie,
Di keheningan malam yang sayu,
Kesunyian melanda sanubari,
Kerna aku bakal berhijrah,

Penghijrahan,
Penghijrahan ke tanah orang,
Untuk mencipta kejayaan,
Untuk mengapai impian,

Masa,
Kau mencemburi aku,
Kau sakitkkan aku,
Kau puncanya,

Aku,
Sayangkan mahligai indah,
Sayangkan insan penemanku,
Sayang untuk jauh berbatu darinya,

Tanggungjawab,
Tugas aku melaksanakannya,
Tugas aku merealisasikannya,
Tugas aku untuk berbakti & berjuang,

Sayang,
Ku teramat menyintaimu,
Ku teramat menyanyangimu,
Ku teramat mengaisihimu,

Khilaf,
Andai ada daku khilaf & alpa,
Andai daku terkasar bahasa & lukaimu,
Andai ada daku menyakitimu,
Ampunilah ayang atas semua khilaf & alpa,
Maafkan dinda wahai kekandaku,

Kerna dirimu menyeri hidupku,
Hanya kamu sentiasa di jiwaku,
Wahai sayangku,
M. Syafiq

* Sebuah puisi yang aku dedikasikan kepada jantung hati ku yang amat aku cintai & sayangi. ! Tiada 2 3 @ 4 hanya die !





Pingates