Pages

led scroller

Tuesday, November 22, 2011

! Tip Bangkit Dari Kegagalan !

Bangkit dari kegagalan & berani bermimpi !

Assalammualaikum & salam sejahtera,

HIDUP INI TIDAK SEMUANYA INDAH DAN HARI SURAM JUGA MENJADI SEBAHAGIAN DIARI KAMU. DI KALA DIRI DILANDA KEGAGALAN, KAMU AKAN BERMURUNG SEHINGGA HILANG KEYAKINAN DIRI. REMAJA INGIN BERKONGSI PENYELESAIAN UNTUK MENGATASI KEGAGALAN HIDUP. SIAPA TAHU TIP INI DAPAT MEMBANTU KAMU MEMBINA KEJAYAAN KELAK.

1. Lakukan Aktiviti Menyeronokkan

Ramai yang tidak tahu, emosi kita berkait rapat dengan pengeluaran hormon serotonin. Ketika pengeluarannya meningkat, kamu diselubungi perasaan positif seperti gembira dan bersemangat. Namun saat mengalami kegagalan, pengeluaran hormon tersebut akan berkurangan. Ketika inilah perasaan negatif akan menguasai dirimu. Bagi mengatasi penurunan kadar hormon ini, pakar psikologi menyarankan kamu melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berdamping dengan orang tersayang. Cara ini akan meningkatkan kadar hormon serotonin dan mengembalikan aura positif dalam diri kamu.

2. Bersosial

Usah mengurung diri dengan memendam rasa sebaliknya kamu digalakkan berinteraksi dengan orang di sekeliling. Perbuatan mengasingkan diri atas alasan untuk menyendiri akan membuatkan kamu lebih tertekan dan cenderung menyalahkan diri sendiri atas kegagalan yang berlaku. Aktiviti sosial yang sihat akan membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan hormon oksitosin yang membuatkan kamu kembali bersemangat. Sokongan moral daripada keluarga dan teman-teman akan membuatkan kamu rasa dihargai dan bermotivasi untuk terus memburu kejayaan.

3. Berfikiran Positif
Tidak dinafikan, kegagalan akan mengganggu kestabilan emosi dan mental kamu. Ubat paling mujarab, kamu harus melihat kegagalan ini dari sudut positif. Dugaan ini akan mematangkan kamu merencana masa depan dengan lebih baik. Jadikan ia sebagai pengajaran dan ceriakan diri kamu dengan sikap humor. Cara ini akan membuatkan kamu tenang dan orang di sekeliling kagum dengan ketabahan yang kamu miliki.

4. Bersikap Terbuka
Ketepikan ego dan terima hakikat kegagalan yang dialami tapi jangan sesekali membiarkan ia melemahkan kamu. Bina kembali keyakinan diri dan bersikap terbuka menerima kritikan, teguran atau nasihat daripada orang lain. Ingat! Kegagalan sering terjadi kepada golongan yang pesimis, ego dan berfikiran sempit.

5. Usah Menyalahkan Diri & Orang Lain

Usah menyalahkan diri atau sesiapa atas kegagalan yang berlaku. Tidak perlu mencari pesalah tapi amat penting untuk kamu menganalisis punca kegagalan agar kamu tidak mengulangi kesilapan yang sama.

6. Sokongan Keluarga & Teman

Saat menghadapi kesukaran begini, sokongan keluarga dan teman-teman sangat diperlukan agar dapat meringankan beban yang kamu tanggung. Setiap insan perlukan perhatian, kasih sayang dan motivasi agar mereka dapat meneruskan hidup dengan gembira.

7. Jaga Kesihatan

Hakikatnya, ramai remaja yang cenderung menyeksa diri sehingga mereka jatuh sakit seperti enggan makan atau terus-terusan mendera emosi dengan menyalahkan diri sendiri atas segala yang berlaku. Sepatutnya dalam keadaan sukar, kamu mesti lebih prihatin menjaga kesihatan dan mengalih perhatian dengan melakukan aktiviti riadah atau hobi baru. Kajian menunjukkan aktiviti fizikal seperti bersukan atau berkebun dapat mengurangkan tekanan.

8. Humor

Ketawa adalah penawar kegagalan atau kesedihan. Usah terus-menerus bermuka masam kerana ia hanya menambah tekanan. Kamu disarankan bergaul dengan teman-teman yang pandai berlawak, malah kamu juga boleh membuat humor. Cara ini akan mengembalikan keceriaan di wajah kamu dan menstabilkan emosi yang terganggu.

9. Luah Perasaan

Usah malu meluah isi hati atau masalah kepada insan yang kamu percayai. Cara ini sangat efektif mengurangkan kekecewaan yang kamu alami. Tapi jika kamu berasa tidak selamat membuka rahsia diri kepada orang lain, apa kata kamu luahkan segala yang membelenggu diri dengan cara menulis diari. Luahkan apa yang terbuku tanpa ada batasan kerana diari adalah hak peribadi kamu.

10. Gali Potensi Diri

Insan di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jika kamu gagal dalam satu bidang ia bukan bererti hidup kamu mengalami kegagalan secara keseluruhan. Apa kata, kamu gali potensi diri dengan mencuba bidang baru. Misalnya jika sebelum ini kamu tidak menyerlah dalam bidang penulisan, apa kata kamu mencuba penyiaran. Siapa tahu kamu lebih menyerlah sebagai penyampai berbanding penulis

11. Anda perlu dekat dengan diri Anda sendiri.

Untuk dekat dengan diri sendiri, Anda kena ‘berkawan’ dengan diri korang, iaitu roh Anda. Fikir apa dia kemahiran-kemahiran korang. Fikir apa perkara yang korang boleh buat lebih baik daripada orang lain di sekeliling korang. Fikir apa kecenderungan Anda, fikir apa dia kekuatan-kekuatan Anda dari segi kemahiran, komunikasi dan tindakan. Menulis sebuah diari peribadi dapat membuat Anda dekat dengan ‘orang’ dalam diri Anda, iaitu roh Anda SOUL ! ketika Anda menulis kata-kata dalam diari peribadi Anda tu, tuliskan kata-kata yang bersemangat, yang berisi harapan dan inspirasi.Anda tidak digalakkan untuk menuliskan kata-kata luahan negatif seperti rasa geram atau sakit hati. Elakkan menulis kata-kata luahan negatif camtu sebab ia akan menurunkan motivasi Anda.


12.Mencuba melakukan hal yang positif

Cobalah alihkan pikiran anda dengan menyibukkan diri melakukan hal-hal yang positif. Misalnya menyapu halaman rumah, menyiram tanaman di kebun, membaca buku-buku yang menarik, dan lain sebagainya. Lakukan tindakan dimana anda adalah penguasa hidup anda.

Lakukan sesuatu yang berharga untuk orang lain. Bantulah orang lain. Layanilah orang lain. Kemudian lihatlah bagaimana anda bisa bermanfaat dan dapat menolong orang lain. Setelah itu berpikir dan merenunglah sejenak betapa anda mampu memberikan banyak manfaat dan dapat menolong banyak orang, sekarang waktunya anda menolong DIRI ANDA!



13.Kegagalan itu untuk di terima dan diakui

Tidak perlu mencari kambing hitam untuk disalahkan sebagai penyebab kegagalan. Masa lalu, situasi , lingkungan atau orang tua bukanlah faktor2 penyebab dominan dari kegagalan (kecil kemungkinan terjadi) . Kita sendirilah yg bertanggung jawab atas setiap kegagalan yang terjadi . Menyalahkan situasi atau orang lain hanyalah usaha untuk melarikan diri dari kenyataan. Langkah yang paling bijak adalah menerimanya sebagai kenyataan dan kita harus mengakui kegagalan2 tersebut. Hanya dengan mengakui dan menerimanya, beban akibat kegagalan akan terasa lebih ringan dan kita akan segera siap untuk meninggalkan kegagalan.



14.Kegagalan bukanlah alasan untuk berhenti

Adakah bayi yang langsung bisa berjalan dengan normal? Setiap bayi pernah merasakan jatuh ketika belajar berjalan. Yang membuat bayi pada akhirnya bisa berjalan normal adalah kegigihannya untuk tidak pernah berhenti mencoba berjalan kendatipun seringkali tersungkur. Jadikanlah diri anda layaknya seorang bayi yang baru belajar berjalan, jatuh / gagal adalah proses pembelajaran sampai anda benar-benar berhasil. Yang terpenting bukan berapa kali kita jatuh melainkan seberapa kuat mental kita untuk kemudian bangkit kembali setelah kejatuhan tersebut.


15.Kegagalan merupakan pelajaran yang berharga

Orang bijak mengatakan, ‘Kegagalan adalah pelajaran yang paling berharga’.
Maka jangan cuma menyesali dan meratapinya, belajarlah dari kegagalan-kegagalan yang anda alami. Pelajari mengapa anda sampai gagal. Sehingga di lain waktu anda bisa lebih hati-hati dalam setiap tindakan. Dan kegagalan yang lalu tidak akan terulang lagi pada diri anda. Konon keledai yg terkenal dungu itu tidak pernah jatuh untuk kedua kali kedalam lubang yg sama. Apalagi manusia yg dikaruniai kemapuan untuk belajar . Kita bisa menrik pelajaran dari setiap kegagalan yg kita alami.Seorang bussinesman yang gagal ketika memulai usaha bisa belajar dan mengevaluasi kegagalannya. Seorang pembalap yang kalah bisa belajar dari kekalahannya sehingga ketika balapan berikutnya bisa mengalami kemenangan. Maka kita pun bisa belajar dari kegagalan yang dialami untuk kemudian dijadikan pelajaran supaya tidak terulang.

16.         Bertaubat dan beristighfar kepada ALLAH pada setiap hari.

Kita manusia biasa tidak terlepas dari kesalahan dan dosa.

17. Berdoa kepada ALLAH,

memohon agar hati kita bangkit kembali.

18. Tunaikan solat lima waktu.

Tidak solat umpama mempunyai hutang yang besar kepada ALLAH. Jadi jika kita gagal dan susah, mungkin itu salah satu cara ALLAH menuntut hutang itu.

19. Solat tahajud di satu pertiga malam terakhir.

20. Berzikir secara konsisten. Biar sedikit tetapi kerap dalam satu hari.

Usaha-usaha di atas adalah secara dalaman. Untuk hebat di luar, yang dalam perlu diselesaikan dahulu.

Jika kita membaca buku-buku motivasi luar negara (Barat), tip-tip di atas tidak begitu ditekankan kerana kebanyakan penulis bukan berAgama Islam. Maka sebab itu walaupun kita banyak membaca buku motivasi dan pembangunan diri dari sana, kita tetap berasa kekurangan sesuatu.

Yang sesuatu itulah hal-hal dalaman (spiritual) iaitu usaha mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Satu (ALLAH).


No comments:

Post a Comment

Pingates