Saya nak mengulas tentang isu mengapa dan apa yang gurl tak suka tentang lelaki nie. Pasti kamu dan pasangan selalu sahaja bergaduhkan? Pada kaum adam nie, sila la prihatin skit apa kemahuan teman wanita anda. Buat si kaum hawa, jika ada yang tak puas hati, silalah berterus terang pada teman lelaki anda. Kini, saya nak kongsi tip apa yang sering menjadikan kalian bergaduh. Apa yang perempuan tak suka tentang lelaki?
1. Meninggikan
suara
Hah, nie
tabiat biasa orang lelaki. Tahulah suara mereka macho dan besar. Tak perlulah
meninggikan suara depan perempuan. Belajar lah cakap elaok-elaok walaupon
sedang marah. Sering sahaj hati terguris akibat malu ditengking lelaki.
2. Curang.
Bab main kayu
nie adalah masalah paling2 besar. Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk srtia.
Apatah lagi klo digoda, teruskan dismabar tanpa memepedulikan perasaan
kekasihnya. Arggh... Siapa tak marah klo teman lelaki sendiri curang..? Klo
Gurl main kayu tiga tau pulak cemburu mereka tue.., Hah...
3. Mementingkan
diri sendiri
Susah juga klo
dapat lelaki yang mementoingkan diri sendiri nie. Lelaki selalunya Tak mahu
mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa memepedulikan luahana
kekasihnya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang
mementingkan perasaan kekasih. Mulalah diri nie ase tak dihargai...
4. Kurang
perihatin
Lelaki
kadangkala suka bertindak sambil lewa. klo bab kereta au bola, seni au muzik pantas pula dilaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya mereka kurang perihatin. Kaum wanita bukan
mintak perihatin 24jam teatpi cukuplah
sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifatnya semulajadi
wanita itu nak bermanja dan dimanja..
5. Panas
Baran
Rata2 kaum
perempuan tak suka bersifat panas baran
terhadap pasangannya. Silap2, ada tangannnya
naik ke muka taupon pipi.. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi
tetap menyalahkan orang lain. Dimana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang
ada? Cubalah kawal sikap baran itu...
6.
SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata
keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak
terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi
mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga
juga cik abang!
7.
MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak
kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus
ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah
tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting
pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka…
Macammana tu?
8.
EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan
kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya
lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto
dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah
mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
9.
MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka
menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji
dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan
padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga
yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki
kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang
ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan
semua gadis akan menjauhi anda.
10.
PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan
terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan
mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki
idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini
sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita
memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita
yang lebih suka mengutuk dari memuji…
11.
MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri
sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat
sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah
katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
12.
KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa
dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau
urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa
ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi
cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat
semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
Menarik point ini.
13.
CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi
kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa
juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan
kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat
cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu
kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
14.
MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan
atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih
dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran.
Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki
pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki
hilang pulak?!!
15.
KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu
komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja
apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang
kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh
lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama
teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan
lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami
kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
16.
PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia
terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang
silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari
diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh
lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah
berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan
kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya,
cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah
bercintalah cik abang oiii!!!
17.
KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang
melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap
rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit
dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang
tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa
juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan
tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka
membazirkan duit dengan merokok.
18.
PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari
diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak
merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan
sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan
apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang
bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
19.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh.
Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu
sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan
kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan
bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
20.
PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata
hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga
selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita
tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa
guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan
sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia.
Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan
menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari
dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya
tidak penting buat anda pula.
Selagi tak bergelar suami isteri,kawan-kawan harus
diutamakan sebabnya belum tentu lagi si dia akan menjadi isteri kita nanti.Baik
kita luangkan masa bersama rakan-rakan daripada si dia..haha..
21.
TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu
menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura
tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat
sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak
menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang
menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi
hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba
berbuat sesuatu untuk anda.
22.
PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan
kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka,
putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan
mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar
menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa
akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti.
Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada
pasangan anda.
23.
SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak.
hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman,
berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri
mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda
macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda.
Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Kesimpulannya
setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kelebihan itu kita
gunakan sebaik mungkin dan jika terdapat kekurangan itu,tegurlah dan nasihat
lah supaya kekurangan itu boleh dibetulkan.Insya-Allah.
Minta Kerjasama layari nie
Minta Kerjasama layari nie
No comments:
Post a Comment